MagzNetwork

Bangunlah, Raih Kegemilangan..

Dicatat oleh ozay wahid | 1/27/2009 11:15:00 PTG | | 0 ulasan »


Bangunlah, 

Raih Kegemilangan...

 

Angkatlah dagumu,

sebab masa depan 

bukan dibelakangmu...

 

Kepalkan tanganmu,

sebab kau haram

menyerah....

 

Pandanglah matahari 

hingga ia terbakar,

Dan membakar segala

ragu....

 

Petiklah bintang hingga

ia berjatuhan dalam hatimu....

 

agar kau tak hilang arah...

 

Helang terbang kerana

ia mengepakkan sayapnya....

Air jernih kerana

ia terus mengalir....

 

Hanya kematian yang

membuatmu berhenti....

 

Sebab langkahmu diberkahi Tuhan..

 

Ikhlas daripada:

Dylan - Brunei DS 23/01/2009

(coretan dari cbox chating)

 

Kata Azimat

Dicatat oleh ozay wahid | 1/25/2009 10:48:00 PTG | | 0 ulasan »

  • Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
  • Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
  • Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
  • Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
  • Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
  • Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
  • Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
  • Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda
  • Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
 

Kabus Di Kaki Gunung

Dicatat oleh ozay wahid | 1/25/2009 10:19:00 PTG | | 0 ulasan »


KABUS DI KAKI GUNUNG


Baru aku terasa betapa halus putih kabus itu

Sejuk menerpa ke seluruh  jasadku

Bergumpalan kabus menutupi lereng tani

Berderet sayuran menghijau dilembah

Penuh erti dalam sejuta kata

Begitu juga sebalik hidup mereka......


Ahh.. aku di sini untuk apa?

Penuh tanda tanya berligar di minda

Terlihat kelibat pekebun tua menjinjing  

jajaan ke pasar sederet di pekan

Anak kecil juga turut mengekorinya..

Itu sajakah rutin hidupnya???..................


Kini berabad sudah usia kaki gunung itu

Namun kedut wajah si pekebun tua

Tetap ceria dan dalam rona hidup sedarhana....

Berjalan membelah kabus pagi itu

Bagai menelusuri awan

Namun di kaki gunung itu

Kabus sentiasa menyelimutinya

Tanpa ada sengketa di sana ............


Dan kini kabus putih itu tetap juga bersatu

Di kaki gunung walau masa sudah berubah........

 

Dicatat pada : 25/01/2009 Ahad Jam 10.07pm

Bilik N4, Kinabalu Pine Resort, Kundasang.

 

Sifat Pemaaf Bersih Hati, Tenangkan Jiwa

Dicatat oleh ozay wahid | 1/25/2009 12:23:00 PTG | | 0 ulasan »

Oleh: Sdr Lokman Ismail

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Ehsan paparan ke siratminda blog:

Dylan – Brunei DS

 

Kata Azimat

Dicatat oleh ozay wahid | 1/24/2009 02:06:00 PG | | 0 ulasan »



  •  Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.
  • Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
  • Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang dari pokok.
  • Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu

Peluang Seringkali Mendatang

Dicatat oleh ozay wahid | 1/23/2009 02:48:00 PTG | | 0 ulasan »

Tanpa disedari, peluang selalu saja datang dalam hidup kita. Ia mengetuk pintu kehidupan kita, tapi terpulang sama ada kita dengar atau tidak, terjaga atau sedang lena. Kebanyakan kita tidak bersiap sedia apabila peluang hadir di depan pintu. Ada pula yang takut menggunakan peluang itu kerana bimbang dengan kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi.

Ada juga yang terus meraih peluang itu dan memulakan langkah untuk mengeksploitasinya, tapi sayang, mereka meninggalkannya separuh jalan apabila menghadapi kesulitan dan kesukaran yang datang silih berganti. Manusia dalam kedua-dua kategori di atas adalah orang yang lemah dan gagal.

Orang yang berjaya adalah mempunyai sifat untuk menjadi hero, yang cepat mengambil peluang dan menjadi semakin ghairah serta tekun setiap kali menghadapi cabaran.

Anda akan menjadi manusia yang berdukacita, lemah serta tidak proaktif jika lebih suka melihat kesukaran-kesukaran yang terdapat di dalam peluang itu. Sebaliknya, anda akan menjadi orang yang berjaya dan kreatif apabila melihat wujudnya peluang dalam setiap kesukaran yang dihadapi. Baca ayat di atas sekali lagi supaya anda benar-benar faham maksudnya.

Falsafahnya begini.... Jangan jadikan biji anggur sebagai sebab untuk anda menjauhi buah tersebut; luahkan sebiji demi sebiji.....