Suami yang soleh sangat bertanggung jawab pada keluarganya Tanggung jawab dunianya tidak dicuaikannya Kasih sayang, timbang rasa (kepada anak-anak dan isteri-isterinya) menjadi budaya Suami yang soleh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya
Keluarganya dibawa mencintai dan takutkan Tuhannya
Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia
Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumah tangganya
Makan minum pakaian tempat tinggal diuruskannya
Tunjuk ajar nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama
Karenah anak-anak dan isteri-isterinya dia sabar menanggungnya
Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya
Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya
Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya
Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka
Urusan Akhirat sangat diutamakannya
Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya
Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri sentiasa dimaafkannya
Mereka dididik penuh bijaksana dengan penuh sabar & tabahnya
Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya
Rasa bersama bekerjasama, Tuhan diutama, keluarga bahagia
Begitulah suami yang soleh sentiasa bertanggungjawab kepada keluarga
Karena takutnya dengan Tuhannya dia sangat mengambil berat keluarganya
Anak-anaknya dan isteri-isteri sangat taat (dan menghormatinya)
kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia
Ais Krim Eskimo
11 tahun yang lalu
Auuum!
Tekankan hukum qalbi bung !